sentuhan hati


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

peliharalah dia Ya Allah





Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah di luar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.







Ya Allah…


Walau apa pun takdirMu ke atasku, maka di saat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.







Ya Allah…


Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang.







Ya Allah…


Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.



Ya Allah…
Lindungilah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.







Ya Allah…


Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.







Ya Allah…


Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.







Ya Allah…


Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sebaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya.

Ya Allah...
Aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.








Ya Allah…


Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya.

Ya Allah...
Aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.








Ya Allah…


Aku bermohon baginya kepadaMu iman buat dia mencari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan.

Ya Allah…
Jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya.

Ya Allah…
Jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.








Ya Allah…


Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.








Ya Allah…


Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakkal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Amin, ya Rabbal 'Alamin..



MUSLIMAH



(perkongsian bersama) [WK]


GIRL : Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan?
BOY : Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya. (Lihat hanya untuk melamar).
GIRL : Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya?
BOY : Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak.
GIRL : Kenapa awak tak penah puji saya macam laki2 lain puji awek dorang?
BOY

 : Puji2an hanya untuk Allah yang Maha Esa.
GIRL : Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan2?
BOY : Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana2 perempuan bukan mahram, kecuali isteri2nya sahaja.
GIRL : Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan2 yang cuba kenal dgn awk?
BOY : Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka....

^_^ . . .Syukur jika ade lagi lelaki sbgini ~~

Like ~ Hamba Allah SWT Umat Rasulullah SAW ~

♥ DuHai MusLimah SayaNg ♥






Bismillahhirrahmanirrahim.

DuHai MusLimah SayaNg

Duhai muslimah sayang..Indahnya dirimu di sisi Islam tercinta..Martabatmu diangkat oleh Allah dalam agama yang sempurna ini, Sayang sungguh Allah pada kalian..
Duhai muslimah sayang..Terciptanya engkau yang mampu menjadi kekuatan dan
kelemahan para muslimin.. Janganlah hendaknya dikau pergunaka
n cara yang salah..Bukankah tinggi tempatmu tercipta dari azali? Teristimewa dari rusuk lelaki pilihanNYA..

Duhai muslimah sayang..Kini identiti muslimahmu kian hilang..Pada zaman akhir yang penuh kemodenan.. Tak kurang jua kejahilan.. Dimanakah pegangan agamamu yang pernah teguh dan tegal dahulu??..

Duhai muslimah sayang..Indahnya kalian di mata muslimin.. Lagi indah jika terhindar dari fitnah hati dan fitnah duniawi.. Bagaimana mahu terhindar andai dengan mudah hatimu diberi?

Duhai muslimah sayang..Muslimin menghargai keindahan dan kecantikan padamu..Jangan hilangkan tanggapan yang mahal itu dengan hawa nafsu yang merosakkan ia.. Yang bakal menjatuhkan maruahmu sekeluarga.. Menjadikan dirimu lemah dan tidak berharga.. Tetapi, Bangkit jua berjuang dalam agamaNYA.. Menemani muslimin bersama..

Duhai muslimah sayang..Kehidupan di bumi tidaklah lama..Yang payah dijaga perlu terus tegas dijaga..Yang mudah binasa perlu kekal dipelihara dari cela dan noda..Hiasi rohani dengan santapan ilmu Islami.. Yang menuntun keimanan tuk menjaga kehormatan diri..

Duhai muslimah sayang..Muslimin juga lemah andai dirimu tidak kuat..Kuatlah dirimu menepis rayuan dan permintaan yang tersembunyi laknat Tuhan.. Pintu zina itu sentiasa terbuka andai kalian sedikit alpa.. Jangan muslimah! Muslimin jua tidak sekuat Nabi Yusuf menentang hawa nafsunya.. Tidaklah jua seperti malaikat yang tidak bernafsu bila melihat dan terlihat.. Jangan biarkan dirimu mudah menjadi santapan pandangan jahat yang tidak mengira tempat..Bisikan rakus yang mengganggu gugat iman kami, muslimin sekalian..

Duhai muslimah sayang..Dikau sebaik perhiasan.. Jika menjadi solehah sebagai pilihan.. Bukan hanya perhiasan dunia bahkan hidup seorang muslimin yang mendamba bidadari dunia.. Jagalah dirimu sebaiknya.. Kelak, kau jua kan mendapat kebahgiaan dariNYA..

Apa Makna Sahabat Sejati



Apa Makna Sahabat Sejati..... ???

adakah sahabat yang sering mengiakan apa yang kita lakukan? adakah sahabat yang sering memberi pujian dan galakn kepada kita walaupun kita terang2an melakukan sesuatu yg salah? adakah sahabat yang sering memahami kehendak kita, membuka telinganya utk mendengar setiap umpatan kita? kata2 kejian kita kepada org2 di sekeliling ?? adakah sahabat yg sering mengasihani kita dengan membiarkan kita tidur tanpa mengejutkan kita utk bersujud kpd ALLAH SWT ?? lebih2 lagi ketika azan subuh berkumandang..dengan alasan , kita letih dengan urusan dunia...begitukah sahabat2 sejati yg ada sayangi?? yg anda anggap sejati?? TIDAAAAAAAKKKKKKKKKK ! tidak sama sekali !

SAHABAT SEJATI adalah sahabat yang berani menegur setiap kesilapan mu...dengan beranggapan kamu mungkin terlupa..kerana fitrah manusia, semuanya mudah lupa..jadi sebagai sahabt, kita haruslah saling ingat mengingati..nasihatilah dia...dan pintalah sahabat mu itu utk menasihatimu apabila engkau terlupa..maka lapangkanlah dadamu..rendahkanlah hatimu utk mendengar nasihat mereka..sahabat sejati tidak akan mendengar kata2 kejian mu kepada saudara2 seislam mereka...mereka akan menghentikan bibir mu untuk berkata2 lantang. mereka akan mengingatkan mu bahawa mengumpat itu berdosa..

dan yg paling penting..sahabat sejati ialah sahabat yg tidak sanggupp utk melihat dirimu diseksa d akhirat kelak...seperti mana mereka tahu hukum meninggalkan solat..meninggalkan perintah ALLAH SWT...sepertimana mereka takut akan ALLAH... seperti itu jugalah mereka takut engkau dimurkai ALLAH.mereka akan berusaha bersungguh utk mengejutkan kamu dari tidur..dan menyeru mu utk sujud kpd ALLAH SWT..itulah sahabat..sahabat sejati..bersyukurlah apabila anda punya sahabat seperti itu dan hargainya..AMIN..^_^